Budaya بودايا Terengganu

Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Juga Tarian Ulek Mayang yang biasa dimainkan di tepi pantai sewaktu pesta pantai yang biasa diadakan pada hujung tahun bagi tujuan untuk mengubati penyakit,namun tarian ini sekarang hanya sekadar Persembahan budaya semata-mata.Terengganu juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional masyarakat Melayu Terengganu yang berkhasiat dan sedap dikenali sebagai Keropok Lekor (orang Terengganu sebut keppok gotel/panjang/batang). Selain itu budu juga salah satu makanan yang popular di Negeri Terengganu. Sekarang masyarakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu yang dikenali dengan nama "sos bilis". Di samping itu Nasi Dagang adalah nasi jenama masyarakat Terengganu , hanya masyarakat Terengganu yang dapat menghasilkan Nasi dagang yang sedap dan asli. Terdapat macam-macam makanan dan kuih tradisioanal yang sedap dan berkhasiat di negeri Terengganu antaranya Agar-agar kering, Akok Berlauk, apam hitam manis, apit-apit, asam gumpal, kuih tahi itik, Akok, Nganang, Bronok Sagu, Sagong, Bingka Nyior, Belebab Ubi, Nek Bak, Tok Aji Serbang, Ketupat sotong, Beekang, Roti Paung, Buah Bung Sambal, Kuih tepung kapur, Apam Dewa, Apam Kuah, Beluda dan banyak lagi.

Tarikan utama تاريكن اوتام

  • Masjid Kristal - Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Qur'an elektronik.[4]
  • Pantai Batu Buruk - Kawasan pantai seluas 100 meter dan sejauh 50 meter dari darat yang ditandakan dibuka untuk aktiviti riadah pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 4 petang hingga 7 malam.[5]
  • Bukit Puteri - Destinasi bersejarah terkenal di negeri ini dan menjadi tumpuan pelancong apabila mereka singgah di Pasar Besar Kedai Payang.[6]